Wednesday, January 18, 2012

Color? Theme? Perghhhhh..lagi susah dari add math.

Assalamualaikum,
Hi my dear Mr Blog....


Okayyyyyyy... Saya selalu ambil ringan. Kalau boleh nak senangggggg aje. Color and theme for my wedding pon yet to be decided. I'm thinking of just rush ke mana mana boutique then "owh, suka ni lah. nak ni lah!" Tapi tapi tapiiiiii, ingat senang senang macam tu je ke haaaa.. Susah tau. Tambah tambah bila tak pernah buat market survey, selamba badak rilek rilek taruk estimate bajet sewa baju RM300 sepasang. Mana mau cariiiiii? Dua tahun lepas pon dah RM500 tau tak. *Hellllllo Munirah, awak hidup zaman batu ke apa ni* Haha. Nak yang mengado, sewa pon mengado lah. Tapi apa apa pon, saya taknak sampai di category kan as berlebihan. So, setelah di-up-kan sedikit bajet tu, mungkin boleh kot dapat yang disukai, tapi berpatutan berpada pada. 


Setelah pening pening cari warna, tetiba terasa nak tahu lah jugak kan apa istimewanya warna warna ni. So google lah apa lagi.


Asal usul maksud warna

Warna Putih
Perlindungan, kebersihan, penglihatan yang jelas, penyembuhan, penghasilan tenaga, keikhlasan, ketenangan, kesucian, keserhanaan, dan memangkinkan semua warna (sesuai dengan semua warna)

Warna Perak
Ketelusan, mempunyai kuasa psikik, menjelaskan gambaran dalaman, kemurnian, ketenteraman, penuh misteri (fikirkan tentang bulan)

Warna Emas
Hubungkait dengan kuasa maha tinggi, inspirasi agung, tenaga dalaman, tarikan, kepimpinan (fikirkan tentang matahari)

Merah
Perasaan yang meluap-luap, keberanian, tenaga, jantina, tarikan, kegahirahan, pertentangan jantina, penuh semangat, pendirian yang teguh, kasih sayang, kecergasan diri, kemesraan, tindakan (fikirkan tentang api)

Merah jambu/pink
Kasih sayang dan kasih yang romantik, belas kasihan, persahabatan, kefahaman, diplomasi, kesucian, kelembutan dan kewanitaan

Oren
Tenaga, daya tarikan, kebolehan mengawal diri, organisasi, harga diri, kemesraan, kelincahan, kegembiraan, kebaikan, kepekaan, kreativiti, kematangan, harvest (think of the harvest sun and moon)

Ungu
Kuasa, penyembuhan, magic, combatting, jangkitan dan penyakit, kerohanian, penyembuhan secara psikik, pengadilan, perayaan. 


Kuning
tarikan, komunikasi, petah, daya fikir, keyakinan, pengembaraan, penumpuan, ketangkasan, inspirasi, kegembiraan, tuah, optimisme, kepercayaan, keseimbangan.


Hijau
Wang, kekayaan, penyembuhan, pertumbuhan, pekerjaan, kesuburan, kejayaan, kesihatan, harmoni, permulaan yang baru, pembaharuan (fikirkan tentang tumbuhan hijau)

Biru
Penyembuhan, rehat, damai, kebenaran, kebijaksanaan, kepelbagaian ekspressi, ketenangan, meditasi, harmoni, ketenteraman, kesolehan, kefahaman kerohanian, introspection (fikirkan tentang langit biru dan lautan)

Coklat
tanah, tetap, stabil, konsentrasi, penyembuhan, pembersihan, bekerja dengan binatang di rumah, kewanitaan (fikirkan tentang bumi)

Kelabu
Neutral, keseimbangan

Hitam
Menghilangkan, penyerapan yang negatif, exorcisms, kewujudan semua warna

Nota: tentang warna hitam: warna hitam tidak semestinya mempunyai makna yang negatif. Ia boleh digunakan sebagai perlindungan memandangkan ia dapat menyerap kuasa negatif, sama seperti kain hitam yang menyerap kepanasan waktu hari panas. Namun kekosongan yang terbentuk harus diisi dengan tenaga positif – sesuatu yang dapat dicapai dengan mencampurkan ia bersama warna-warna lain, seperti putih atau biru.

More interesting facts? click sini > http://warnautm.tripod.com/amSEMUA.htm


Dah tahu camtu, google color color plak. Results memang macam2. Tapi, color color (sila belajar nama color di > http://www.w3schools.com/html/html_colornames.asp) yang menarik di hati saya adalah.....


1. Teal + Pink/Violet/Magenta
Sukanya warna teal ni. Dalam Bahasa Malaysia tak tahu lah apa. Tapi Teal is the Deal! Macam dark turquoise pon boleh jugak kan. Boleh tak...Hihi


2. Yellowish Goldenrod + Tangerine Red
Nak sangat gold gold yellowish ni. Tapi si jejaka ehem ehem cakap, akad nikah nanti kuning dah. Tapiiiii, tu kuning air. Lain lah..... Wuwuwu.


3. Pale violet-red 
Tak tahu lah kenapa suka sangat dengan warna warna belacan ni. Haha. Sorrrryyyy~ Its just me being me. Saya tak berani terang terang. Huk2. But still nice apa..kan?


4. Navy Blue + Red
Owh ada kawan saya cadangkan navy blue. Which is, sangat cantik!! Beliau suruh setkan dengan warna merah. Nice nice. Kan? Ni contohnya..


Kata Otak Badan: Okaylah. Penat penat fikir warna nanti entah entah sampai kedai semua warna awak suka kan. Semua konfius. Selalu sangat dah jadik camtu..... Baik awak cepat cepat gi boutique.
Kata Hati: Okayyyyyyy.
Kata Badan: Jom tidur. Asyik tidur lambat je. Bahaya la. Kedut muka tu.
Kata Hati: Owh ek? Okay. Zzzzzzzzzz~


Kata Hati: Eh chop. Ni baru color. Theme macamana?
Kata Badan: Ala ngado betul nak theme. Besok lah fikir. Tak payah theme pon takpa. Takda orang marah. Tidur dulu.


Good Night!

1 comment:

Anonymous said...

anonymous dtg lagi!!!!!!!!
hahahah
saya vote navy blue+red! hihuuuuuuuu

Follow Us @munirahmohdali