Tuesday, January 15, 2013

Hapdet macam2 ~hidup oh hidup~

Track progress black n white rumah (after dah lima bulan since tarikh kitorang bayar downpayment)
  1. Kontek lawyer sendiri (untuk rumah tu), katanya pending document dari lawyer seller. So, takpek nak proceed apa2.
  2. Lepas tu call agent rumah yang jadik orang tengah jual rumah tu, tujuannya nak mintak number owner rumah, nak try mintak kasik kunci dulu untuk check defect and buat report kat developer. Tapi, dia kasik kontek number lawyer seller. Secretive betoi. Huhu.
  3. Call lawyer seller. Alang2 tu terus tanya progress and mintak kunci rumah. Dia kata, dia tengah tunggu mat despatch dia passkan document dari lawyer bank owner tu, baru dia boleh readykan document apa2 yang patut untuk buat revoke agreement lama antara developer dengan first owner. Janjinya this week siap. Okay. *Dalam hati, khamis nanti aku call kau balik* Tapi pasal nak mintak kunci rumah untuk check defect tu, dia kata tak boleh. Sebab dah clearly stated dalam SnP yang kunci akan diserahkan dalam masa 5 hari after payment semua settle. *FINE~~*
  4. Sekali malam tu dia call kita daaaa.. Dia kata owner agree untuk serahkan kunci rumah but just untuk check defect. Yeayh! Tapi after habis check, pulangkan balik kunci. (T___T) At least dah boleh start first step - check defect & lepas tu buat report kat developer untuk repair. Hopefully this weekend ke..dapat kunci tu ke..kan.. :D walaupon hanya untuk sekejap je - just untuk check defect. (T____T)
Track Hunt OP yang bertanggungjawab dah diamanahkan for our wedding
  1. Woiii geram woiii membara dalam hati. Mula janji bulan 9 siap semua. Lepas dari wedding bulan 6 tu terus menghilang, dan2 kontek balik bulan 10 bagitahu ada masalah macam2 dan mintak duit. Terpedaya ke apa ke tak tahu lah, tapi, Ibnu kasik dia duit RM750. Dan dia janji dalam bulan 11 tahun 2012 akan kasik kat kitorang album gambar semua bagai. Last2 sampai ke sekarang senyap gelap gelita sunyi sepi. Phone number dah tak boleh dihubungi terus langsung2 dah. FB dah tak active dah. Ada, tapi macam dah lama dibiarkan tak berhapdet.
  2. Geram sangat2, Ibnu gi comment kat status FB awek dia, dengan pesanan "sila mintak zuwandi hubungi saya segera, dan jelaskan hutangnya". Lebih kurang camtu la. Tak ingat dia tulis camna. Hui3.
  3. Terus si awek message dalam FB, katanya zuwandi sibuk takda masa free. *WHAT??* Habistu, tak reti2 nak kontek kitorang balik since last time jumpa bulan 10 aritu? Geram weyhhh.. Duit dah ditabur2 plak tu. Geram segeram geram geramnyaaaaaa... Fuhhh.. *Sabarrrrr......*
Married life
  1. Hmmm, sekarang ni perasaan ada sikit sensitip. Mungkin bukan sikit tapi BANYAK sensitip. Sket2 sentap, sket2 sentap. Sentap pasal....... a.n.a.k.... Masa tarikh 1.6.2012 tu, ada lah kot lagi 4 orang kawan yang kahwin sama tarikh. Salah sorangnya ofismate. Dia laki, orang Nogori 9, kawen dengan awek dia orang Kedah. Boleh tak, lepas kitorang cuti kawen, saya masuk ofis, semua dok tanya saya dah pregnant belum. *Homai, baru kot. Mana tahu lagi. Huhu. Di kotak fikiran la* Sekali, rupanya, wife ofismate tu dah pregnant. *WHAT??* Huuuu~ beshnya... rejeki dia.. Huuu~
  2. Selain dari dia, yang lagi 3 orang tu, 2 orang dah pregnant jugak. Sorang je lagi belum sebab merancang rasanya since wife tu jauh nun di US, husband kat Malaysia. Sentap okay.. Tapi bisa ditahan2 lagi perasaan sentap menyentap ni...
  3. Lepas sorang demi sorang, yang kahwin after kitorang, berapa ramai terus bunting pelamin. Huuu~ Jeles... Maybe rasa sentap ni makin kuat bila bukak fesbuk tengok orang upload gambar baby @ buku panduan mengandung @ yang sewaktu dengannya.
  4. Ramai lah... Terbaru, ada member ni, kahwin dalam 24 ke 25hb 12 aritu, now dah preggy. Syukur, happy, rezeki diorang... Tapi perasaan happy tu berbaur2 dengan sentap. Sentap lagi banyak kot dari happy. Haha. Keji gila :p
  5. Hmmmm.... Dah la.. Taknak sentap2 dah. Nak go with the flow. Ada rejeki kitorang, tak kemana jugak.. Kan.. InsyaAllah..... (!__!)
Okay, taknak tulis dah. Panjang sangat. Nanti sendiri nak baca pon tak larat. Bye~ Hui hui huii~ 

2 comments:

lokmanfirajunior said...

Halamak entry sentap...
camni kena komen baik2 nih..heeee..
Sabar banyak2 yer adikku..rezeki setiap orang tuh Allah dah tetapkan, selagi belum tiba masanya, selagi tuh kita kena terus berusaha. Jangan comparekan hidup kita dengan orang lain, nanti lagi kita stress! +sebab kekadang akk pun suka comparekan life dgn org lain, resultnya memang menyakitkan hati,end up kena la muhasabah diri, dan bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat kite setakat ini. heheh+

Caiyokkk babe..we r always here with u both..take care!

*petua Rasullah, amalkan minum susu dengan kurma, lebih mustajab susu kambing..hehe..or takmo susu kambing susu HL pun boleh, sebab byk folic asid dalam susu tuh.. :p

Munirah Mohd Ali said...

Owh.... :') TQ so much kakfira... Huhuhu~ Skrg ni mmg cepat sgt2 sy sentap2. x brenti2 nak menyentap. hoho. nak jalan laju2 pon x berani, jln slow2222 je. biar la lambat asalkan xnk gegarkan rahim. hahahihihuu.

saya pon skrg dok mkn supplement yg ada folic acid. tp besok nak cari la susu HL dgn kurma.. nak mkn pagi2 dengan cornflakes sure best kan. hihi. TQ~~~~~~~~ hugssss :')

Follow Us @munirahmohdali