Monday, January 21, 2013

SSM license company registration di The Mall PWTC

Info : SSM office kat The Mall PWTC ni dah pindah tau dari level 2 ke level 16. Jangan salah level lak nanti. :) Lagi satu, kalau nak naik public transport, ada 2 pilihan; samada LRT (turun PWTC) atau KTM (turun Hentian Putra). Paling senang? Naik LRT. :)

Hi~ Yang baca entry ni sure ada niat nak register SSM kan. So, saya try tulis sebaik boleh kay. :)

Nak register ni hanya boleh dibuat pada hari berkerja. Weekend tak bole. Dalam banyak2 hari, kebetulan hari ni cikabey nak kena gi outstation. So, apa lagi, amek cuti, boleh la nak hantar Ibnu ke KLIA and lepas tu pergi The Mall PWTC tu, untuk register company dengan SSM. Hihi..

Proses dia sangat simple! Lebih kurang macam bawah ni:
  1. Fotostate IC sekeping. 
    • Better fotostate kat kedai mana2 dulu before datang sini. Sebab kat SSM ni takda service photocopy. Kena turun gi Level 4 baru ada. Sekeping dia charge 3 posen. Huhu..
  2. Isi borang
    • Borang ni boleh dapat from kaunter @ download je awal2 dari website dia. Isi siap2 tau.
  3. Beratur untuk amek number
    • Akan ada brader tolong check details lengkap ke tak. Selagi tak lengkap selagi tu la dia takmo kasik number.
  4. Tunggu number dipanggil
    • Tak lama pon nak tunggu number kita dipanggil. Depends la berapa ramai orang kat ofis dia haritu kan. Macam tadi, ramai gak, tapi mungkin orang lain datang atas urusan yang lain2 (renew license etc)
    • Bila dia panggil, dia just check nama company kita tu dah pernah wujud atau tak. Dia akan suruh kita state 3 nama, in case nama pilihan pertama kita tu dah ada orang lain guna. Saya tadi confidentttt aje nama tu tak diguna langsung lagi, so just tulis 1 je pilihan nama company saya. Sebaik lepas. Hihi
    • Bayaran?
      • Setahun : RM60
      • Charge 1st time register : RM10
      • Hmm.. Ikut la nak register berapa tahun pon. :)
    • Then bila everything okay, dia cop dan suruh kita sign kat tempat cop tu. Seriously sekejap je process step ni. Tapi lepas tu dia cakap, "dalam masa sejam, number cik akan dipanggil di kaunter 2". Erk?? Sejam? (T_T) Masa tu dah  pukul 11.30pagi lebih, perut dah lapar. Kena tunggu sejam. Tak berani keluar cari food takut masa tu number kena panggil. Huwaa~ (T_T)
  5. Tunggu di kaunter number 2
    • Tak sampai sejam pon. Dalam 40 minit, dahhhh siap. Alhamdulillah. Yeay~~ :))

Tiga kali saya beratur, sebab takda IC photocopy la, lepas tu isi borang tak lengkap la. Kali ke 3 baru dapat number. Bagus betul brader ni.

Tunggu number dipanggil untuk process nama company confirmation dan bayar license fee.

Itu dia~ Moonlight Avinezza. Certain orang tahu apa maksud sebalik nama ni. (Poyo2) Keke :p

Dahhh tu je. Tapi saja2 je nak nyelit gambar2 bawah ni, gambar time saya hantar cikabey ke KLIA. Dia outstation 2 minggu. Tu pon kalau semua okay. Kalau tak okay, maybe kena extend lagi. Sobsss~ 

Naik Emirates. Dapat naik business class. Best sangat la tu kan..  *Nada jelesh* Kui33

Eh sekeping je gambar kitorang? Ada lagi... Nanti saya update balik. Macam la orang nak sangat tengok kan. Pedulikkkk~ Hihi. ;p

2 comments:

Unknown said...

untuk mendaftar perniagaan anda di SSM, Kementerian Kewangan dan CIDB saya syorkan pergi laman web ni www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi...yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9...lesen saya sehari je diorang siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gtalk dengan whatsapp dan viber.

Seen said...

Thanks for sharing, useful information.

Follow Us @munirahmohdali