Truly based on my experience, since start duduk kat rumah tu for the past one year plus.
SUIS ELEKTRIK
Suis elektrik yang disediakan oleh pemaju versus suis elektrik yang korang prefer. Contoh, suis elektrik kat courtyard, tangga and 1 bilik air kitorang ada 2 suis each, untuk control 1 bulb. Suis lampu courtyard boleh bukak tutup from either dining area or 1st floor. Tangga pon sama, boleh bukak tutup from either ground floor or 1st floor. 1 lagi bilik air boleh bukak tutup from either side dining or guest room. Pening x nak faham? Haaa.. sepening tu la arus elektrik kat rumah kitorang. In the end now after 1 year, lampu kat area dining tu jdk x boleh on. Kdg2 O.K, most of the time K.O. Penat pasang lampu cun2 kat situ. So nanti nak kena panggil wireman tengokkan camana nak bagi settle problem ni.
Lesson learnt:
- Decide siap2 mana suis developer yang korang nak ubah. Carik wireman/electrician yang bagus, discuss habis2. Selain contoh kat atas, ada lagi 1 contoh. Satu suis, bukak 2 lampu. Which is membazir elektrik. Maybe 1 lampu 1 suis lagi better.
- Fikirkan mengenai plug2 yang diperlukan untuk kegunaan barang2 elektronik. Especially kat dapur. Dengan rice cooker, microwave, kettle, blender, etc macam2 lah.
PLUMBER IS NO JOKE
Macam kes kitorang, kitorang suruh je tukang buat table top dapur kitorang tu yang pasangkan sink n connectkan pipe2 bawah sink tu. Sebab kitorang ingatkan benda tu benda simple. And susah nak dapatkan service plumber datang rumah semata2 nak pasang pipe sink, waktu tu lah. So, nak tau apa kesannya? Kesannya....... sink kitorang tersumbat! Sebab dia pasang pipe2 tu macam senget, sebab nak fitkan dengan actual connection yang developer bagi. So lama kelamaan, sink kitorang tersumbat. Air kotor mengalir keluar from celah2 simen table top. Basahhhh je lantai kat depan sink tu. So, panggil orang (plumber jugak in the end) datang rumah. Dia sedut guna pump machine dia, and kitorang kena charge RM160 x 2 = RM320. Warranty 3 bulan.
Placed WASHING MACHINE at the RIGHT PLACE
Ni factor yang menyumbangkan kepada sink tersumbat kitorang. Kitorang try nak jadik bilik kecik kat bawah tu as laundry room. Air from washing machine masuk je dalam drain bilik air yang biasa tu... Tapi rupanya drain tu share 1 lubang dengan sink dapur. Air from washing machine kan load dia besar... So drain tu tak mampu nak tanggung, plus sink dah start tersumbat2. Masa sebelum panggil plumber datang repair sink tersumbat, asal basuh baju je, sure air mengalir2 keluar from celah2 simen sink tu. Now kitorang dah alih letak washing machine kat luar, memang kat tempat dia yang developer dah sediakan. Just renyah sikit la sebab asal nak basuh je, kena menapak keluar rumah... And malam2 tak boleh la nak basuh baju, scaryyy nak keluar rumah. Itu je la...
GOOD GRILL
Cari grill yang bagus. Paling bagus, wrought iron la kot kan... Dats why kitorang dulu decide pasang grill jenis wrought iron ni. And untuk grill kat pintu pintu side depan rumah, kitorang sadurkan dengan powder coated. Actually tak nampak pon kepentingan wrought iron/powder coated ni.. Until one day sembang2 dengan jiran. Dia kata, grill dia berkarat kes kucing rayau manatah suka kencing merata. Sama la, ada sekor kucing ni asal kencing je mesti pancut kat pintu rumah kitorang. Tapi Alhamdulillah setakat ni grill tu tak karat lagi. So kitorang buat kesimpulan, maybe dia tak karat sebab dah berpowder coated... Wrought iron kalau tak coatkan, berkarat ke tak eh? Yang tu tak sure.... Huhu..
ELECTRIC SAVING GOODS
Aircond, peti sejuk, washing machine, tv, water heater, kettle, etc, kalau boleh beli yang ada technology jimat elektrik. Supaya tak terasa terbeban dengan bil lektrik yang tinggi. Kitorang memang beli barang2 yang jenis jimat elektrik. Tapi, bil still consider tinggi. Kitorang bajet bil tinggi sebab aircond kat ruang tamu, and fridge gabak tu. Ruang tamu ada 1 aircond 2HP, tapi actually ruang tamu tu is kawasan yang open air. Bersambung dengan dining and from dining stret nampak dapur. So, 2HP tak mencukupi. Cukup la untuk buat orang2 yang dok kat area ruang tamu tu rasa sejuk, tapi in terms of penggunaan elektrik, dia jadik tak efision. Sebab aircond tu kena kerja lebih since kitorang tak buat partition pisahkan ruang tamu dengan ruang makan etc. Malam2 paling2 dua tiga jam aircond tu running. Siang2 on weekend if kitorang ada rumah pon dia running. Soooo.... bil lektrik memang sentiasa RM200 ke atas. Haihhh.... Tapi bayangkan kalau guna aircond bukan jenis jimat elektrik. Tak tahu lah berapa bilnya pulak... Huhu.
Okay, itu ajelah yang mampu terfikir buat masa sekarang. Share ni pon sebab asyik teringat lampu kat dining tu takmo menyala. Huhu. Tapi apa2pon, masuk rumah ni sentiasa jadik benda yang meng-eksited-kan. Kan? Rasa best and puas dapat berangan2 macam2. Hihi... :)
Selamat masuk rumah buat korang2 yang kebetulan nak masuk rumah baru! Keep the spirit alive! :)